Tuesday, August 27, 2013

nak tutup..

Assalamualaikum..

raya dah nak habis dah.. hehe... aku bukan la banyak kerja pun.. cuma kekadang kerja tu sentiasa ada.. tak putus putus.. tak kira banyak kerja tu kan.. heh..

alhamdulillah.. masa hari raya ke empat tempoh hari.. keluarga aku dah berjumpa dengan keluarga si dia di kelantan sane.. lepas pegi kenduri mak yah hari ahad tu dan tido dekat sane.. aku ajak keluarga aku untuk jumpa keluarga dia.. sekaligus beraya.. takde aktiviti aktiviti merisik atau bertunang pun.. cuma nak berkenal kenal..

dan sekarang ni dalam proses nak mengikat perut dan menimba ilmu bebanyak.. ilmu dunia dan akhirat..

sekaligus kumpul duit untuk bertunang dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan..

aku ambil keputusan untuk berkahwin pada usia 28.. dan Allah memang bagi jalan menuju ke situ.. heh.. lagipun.. antara sebab aku nak berkahwin.. sebab aku nak ikut sunnah dan rasai ketenangan yang semua orang cakapkan.. dan aku nak mengelak diri dari melakukan maksiat.. dating ke ape.. walaupun aku dengan dia memang jarang jumpa..setahun sekali..  selalu kalau berhubung pun dekat phone atau email aje.. itu pun kekadang..

setiap kali berhubung.. memang hati bergetar.. dan aku takut.. takut kalau kalau aku membawa dia kepada neraka.. cukup la aku dan dosa dah lame kawan.. sekarang ni.. perbuatan ke arah dosa kena lawan habis habisan.. dan sebab aku lelaki.. nafsu untuk bersama perempuan tu memang tinggi.. jadi.. selepas doa dan istikharah.. alhamdulillah.. Allah temukan aku dengan dia..

doakan aku.. supaya ini yang terakhir.. dan supaya aku dapat memulakan hidup baru.. sebagai suami.. sebagai diri sendiri.. dan semoga aku dapat membimbing isteri ke syurga.. penat buat dosa.. serius.. takut dan menyesal tu sentiasa ada.. dating.. bersentuhan.. dosa dosa tu sentiasa menghantui aku.. jadi.. aku tak nak.. aku nak hapuskan halangan tu dengan berkahwin dengan perempuan yang Allah tentukan untuk aku..

nanti..aku akan umumkan.. heh

p/s : aku nak tutup @ stop menulis dekat blog ni.. aku nak setup domain sendiri.. dan blog yang lagi ok.. yang aku nak isi dengan info pasal programming ( sebab aku tau ilmu ni je ) dan ilmu ilmu lain ( kalau ada ) .. jadi.. kalau ada sesiapa yang berminat nak join.. nak berkongsi ilmu dan jadi rakan partner aku dalam sharing knowledge ni dekat blog baru tu nanti.. sila la email aku khairilazizee@gmail.com ( ini official email kerja aku ).. ini masih dalam kertas conteng.. aku takde idea nak buat macam mana lagi.. heh..

 memang dah lame aku harap aku dapat jumpa kawan yang ada interest sama macam aku iaitu.. tak kejar duit.. tapi sentiasa nak beri info kepada manusia..kalau boleh.. nak ajar anak anak muda yang minat programming dan bagi penerangan dalam bahasa yang mudah.. samping tu.. berkongsi ilmu dengan otai otai yang lain..  semoga ilmu ilmu yang di beri tu.. dapat bawak kita pergi syurga..

insyaAllah..

wsalam..


4 comments:

oren merah said...

Alamdulillah..ok cepat2 la dirikan masjid ye.
:D

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

huhu.. insyaAllah :D

Anonymous said...

Moga Allah mudahkan jalanNya..

hidayatus shahidah said...

lalalalalala....dah mkin dekat bau nasi minyak ni... :)