Monday, August 15, 2016

adam dan makanan

masuk hari ni, dah 4 hari adam tolak nasi / makan sikit je nasi. kekadang tak sampai dua mulut pun makan nasi. kalau lauk dia makan jugak tapi pun tak banyak, mak nya dah risau dah sampai pening kepala nak bagi makan ape. aku sebagai bapaknya lagi la pening tak tau nak buat camne.

petang semalam pegi IOI putrajaya beli blender baru sebab dah jahanam blender lama. maknya beli lah roti dan beger, roti laju dia makan..alhamdulillah..

jadi sebab adam tak berapa berkenan sangat dengan nasi, jadi maknya masak la macaroni dengan kuah prego yang tin merah tu, ape nama tah. alhamdulillah, laju je makannya..

kalau tau dekat dua dua neneknya ni, mau bising satu keturunan. ye lah, tekak dorang nak nasi, kalau orang tak makan nasi ni ibarat macam ko tak payah makan la biar kebulur. haha.. sejak ada adam ni, tabiat makan memang aku pelbagaikan, tak fokus dekat nasi je sebab tak nak dia nanti besar tak reti makan mende lain.  aku suap dia mee goreng, pasta, spageti, sushi, ramen, kekadang bagi je bubur mekdi ke, bubur tak mekdi ke, asal kan mende tu ada khasiat untuk dia, aku suapkan aje..

kalau balik kelantan atau pahang pun memang takde lah aku bagi nasi je, kekadang roti bakar n kuih muih pun dia makan.

prinsip aku macam ni lah lebih kurang.. "orang putih tak makan nasi rilek je membesar".

hehe

Saturday, August 13, 2016

berita baik?

hujung bulan ni insyaAllah aku akan berenti keje. aku tak dapat keje mane mane lg sebenarnya.. tapi aku buat keputusan ni sebab aku rasa macam aku tak akan berkembang dekat opis sekarang, environment sekarang, cara keje sekarang. jadi sebab tu aku nak berenti dan cari keje lain atau buat system sendiri atau ape ape lah, yang penting aku nak belajar mende baru.

boss boss sekarang ada pujuk jugak aku untuk stay dengan dorang, tapi aku gelak aje lah bila dorang cakap pasal mende tu. aku cuma cakap aku nak belajar mende baru, dan selagi dorang tak tukar method development system yang sekarang. aku mmg terpaksa berenti.

cara keje sekarang ni takde RnD, takde explore method baru, takde pakai / cuba new technology, takde nak try pun mende baru, atau hantar kursus, even opis punya environment pun dull gile. macam opis zaman p ramlee dulu.. dengan divider, dengan takde open space, dengan kosong. come on lah. kalau orang cakap memamg opis macam tu, memang patut lah korang keje dekat opis korang tu. haha

bagi aku, opis IT sepatutnya open space, atau playful punya theme, ah pendek kata macam google / facebook / twitter.. opis aku dah lah tak ramai, dalam tu cuma ada 7 orang je termasuk boss boss. tak ramai beb, projek plak bukan 400 punya projek, mau ratus ribu jgk projeknya. bukan lah kitorg mintak dalam opis tu ada swimming pool, cuma sofa atau meja ping pong ke, konsep santai macam tu lah.. takde lah stress tgk keadaan opis. ini dari 6 tahun lepas, gitu lah jugak gayanya.


kalau environment opis pun tak bertukar, korang bayangkanlah technology yang kitorg pakai untuk development system.


haru

Friday, August 12, 2016

vaksin

hari ni bawa adam pegi klinik untuk ambil suntikan vaksin dia yang dah lari dari jadual sebab dia kena kawasaki disease tahun lepas.

punya mengamuk masa nak cucuk dekat lengan, on the way balik dalam kereta tido terus sebab penat sangat.

semoga dia tak demam..


Thursday, August 11, 2016

stress...

Assalamualaikum,

sekarang dah masuk pukul 1 pagi.. aku still mengadap keje nak kena siapkan. orang lain dah tido berdengkur. aku dengan sakit kepala, ulser dekat pipi. tekak rasa perit, kena siapkan keje keje ni sebab esok nak bawak adam pegi cucuk MMR dia.. doakan supaya tak demam dan tak jadi la ape ape bila dia ambil cucuk vaksin MMR dia tu.

hari ni kekadang rasa macam nak lempang orang pun ada.. dengan mengadap perangai dekat opis yang erghh tak tau nak cakap camne.  dah la nak kena benti keje hujung bulan ni..

aku dah tak tau nak buat camne sekarang, nak kena puaskan hati semua orang, kalau tak nanti mengata itu ini, buat muka itu ini. haish.. susah weh jadi lelaki ni. rumah nak kena tanggung, duit nak kena cari, pahala nak kena jaga supaya tak ganti dosa, orang punya action pun nak kena jaga supaya tak bagi dosa dekat diri sendiri atau heret sekali masuk neraka nanti. banyak gile tanggungan, dengan anxiety sendiri yang kekadang menggila, dengan pening kepala tiba-tiba masa makan.. banyak gile b*b* mende nak kena fikir, tapi some people asyik cakap "aku banyak keje nak kena buat, takde masa nak hargai keje keje ko".. atau "banyak mende la nak kena fikir.. bukan nak ingat semua mende"..

pfttt..

beban tu tak mampu nak tampung jugak kekadang, bila buat something, bukan ada orang nak hargai pun. manusia memang tak akan hargai something bila tak menyenangkan dorang even mende tu tak menyusahkan dorg. gile betol.

kekadang aku cuma nak ucapan terima kasih. itu je.