Wednesday, July 18, 2012

ini untuk budak tembam.. sebab aku tak reti nak cakap depan depan..

kita takut bila manusia tinggal kita, fobia kononnya kalau cinta kita jadi macam sebelum sebelum ni, risau kalau kita kena tinggal pada waktu kita sayang dengan makwe/pakwe/sesape. tapi kita tak pernah terfikir ke yang masa kita dok sebok pasal mende macam tu.. Allah paling pandangan Dia dari kita.. malas nak fikir pasal kita.. .. pernah terfikir?

dulu aku pesen menggelabah jugak.. serius kononnya nanti kalau kena tinggal.. ape nak jadi.. risau kononnya nanti sunyi lah ape lah.. serius.. aku menggelabah.. kamu sekarang mengingatkan aku tentang aku yang dulu.. perangai aku dulu dengan jeles yang tak bertempat.. kongkong pergerakan.. asyik mesej.. asyik call.. asyik nak jumpa.. asyik nak berkepit.. asyik itu dan ini.. dulu perangai aku lagi teruk.. jadi aku memahami perasan tu..

tapi hakikat Allah itu Maha Besar, sekelip mata dia tunjukkan.. dia tunjukkan.. Allah sentiasa ada waktu manusia lain tinggalkan aku.. Allah sentiasa ada waktu aku menangis teresak esak waktu kena tinggal dulu.. Allah sentiasa ada waktu aku meroyan macam orang bodoh dulu.. Allah sentiasa ada..

sekarang Alhamdulillah.. aku tak pernah rasa sunyi.. tak pernah rasa kosong..

dan aku nak mengajar kamu bahawa tak payah nak fobia gile gile.. rezeki itu bersifat misteri, seperti jodoh yang tidak diketahui.. kalau Allah izinkan.. ada lah.. kalau x di izinkan.. bersyukur dengan keadaan dan teruskan beribadah..

aku benci bila aku macam menemui aku yang dulu.. aku benci bila ia mengingatkan aku bahawa dulu aku adalah sangat kebudak budakan.. gile nak berkepit bagai.. macam orang bodoh.. aku orang islam.. dan sepatutnya perkara yang aku nak berkepit ialah menuju dan berjalan di landasan yang Allah turunkan..

aku tak tau nak cakap macam mana.. sampai aku disuruh bukak pintu hati untuk manusia.. kamon.. we learn from mistake right.. and i swear i wont do it again.. sebab itu aku tegas.. takut terbiasa atau terlebih dengan perasaan kepada manusia.. waktu sekarang bukan masanya lagi.. lagi lagi kepada bukan muhrim..

aku pernah dengar orang cakap.. kalau kamu nak mencari jodoh.. banykkan beribadah.. beristigfar.. dan perbanyakkan sedekah.. berjuang di jalan Allah.. dan nanti Allah akan hantarkan pasangan kamu untuk menemani dan menghibur kamu setelah berpenah lelah.. ini aku dengar orang cakap.. tak tau la mane sumber dia.. 

tolonglah bersabar.. tak payah nak setiap hari mesej call.. berinteraksi.. tak payah.. aku nak ruang.. kamu pun nak ruang.. tolong yakin dengan jodoh dari Allah.. dan jangan letak dalam hati bahawa kalau takde interaksi nanti perasaan tu hilang.. bukan ke Allah yang jaga hati dan perasaan.. mintak kat Dia jaga.. kalau hari hari berinteraksi pun .. berkasih sayang hari hari pun.. tak guna jugak kalau Allah nak tarik.. dah la mende tak halal lagi..

doa dan sabar.. doa dan sabar.. doa dan sabar.. tolong lah.. dan jangan lah mendoakan aku menjadi macam orang orang yang kamu kenal dulu.. dengan pegangan kamu yang lelaki same je semua..

aku merepek berdasarkan pengalaman.. sebab aku tak nak perasaan yang cantik tu jadi sia sia.. disebabkan ikut hati dan perasaan tanpa di pandu iman.. jadi sia sia.. aku nak taburkan perasaan tu pada orang yang memiliki gelaran yang sepatutnya sahaja.. tapi sekarang tak mampu nak kawen lagi.. dunia takde.. akhirat pun takde lagi.. bukan aku tak nak kawen.. nak.. tapi biar lah lengkap sikit.. jadi sepanjang nak melengkapkan tu.. aku tak nak terbendung dengan perasaan..

eh dah lah.. lantak lah kamu nak fikir ape pun... aku ni lelaki yang sama macam sebelum sebelum aku ni ke.. ape ke.. lantak.. kalau aku terpaksa memutuskan seisi dunia sebab nak balik ke jalan Allah.. aku sanggup..

p/s : aku nak menjauhkan aku dan kamu dari neraka Allah.. itu tanda komitmen aku dengan kamu.. dan aku meminta maaf atas dosa dosa yang aku lakukan terhadap kamu..  dari awal pertemuan sampai lah bebila.. semoga Allah merahmati kamu.. dan semoga kamu tergolong di antara orang orang yang solehah di sisi Allah..

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
saya sangat suka dengan gaya penulisan kamu dan saya tak tahu la kenapa apa yang kamu tulis dan rasa sama macam saya. harapnya, kita diberikan peluang olehNYa untuk berusaha menemui jalanNYa. anyway, nice blog.love to read.

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

wsalam..

terima kasih sebab sudi singgah.. semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah dan berjalan di landasan yang betol menuju syurga Allah.. :D