Saturday, April 20, 2013

Sakit

assalamualaikum..

oh.. bukan aku yang sakit.. tapi ayah aku.. dah lama dah dia sakit.. sejak bulan lepas rasanya..tak ingat lah.. tapi sebab ada masalah dari segi pundi kencing dia.. yang menyebabkan dia susah nak kencing.. jadi.. doktor pasang tiub dekat kemaluan dia untuk memudahkan dia kencing.. susah hati aku bila setiap kali balik kampung.. ayah aku dah tak segagah dulu.. tak la macam badang.. cuma.. dia banyak terbaring.. makan pun kurang.. itu sebelum letak tiub la.. lepas letak tiub.. keadaan dia ok la sikit.. dah boleh makan.. dah boleh solat dengan ok ( solat orang sakit ) ... dah boleh nk kemana mana.. cuma tiub tu kena da la.. tak bole la cabut lagi selagi belum jumpa dengan pakar 15 mei ni..

susah hati juga kan.. aku jadi tak tentu arah bila fikirkan keadaan ayah aku.. kesian juga dekat mak dan acik aku.. dorang aje yang akan ke hulur hilir time takde orang dekat kampung ( semua adik beradik tak balik )

tapi ok la.. waktu ni.. izam cuti sem.. jadi.. dia la yang bantu acik dekat kedai runcit.. jadi.. mak aku boleh la duduk rumah dan jaga ayah aku.. ni dua hari ni ayah aku demam pula.. bertambah la susah hati.. tak bole duduk diam aku dekat shah alam ni..

along dan angah tak boleh balik selalu.. dah ada keluarga kan? erm.. kalau aku dah ada keluarga.. macam tu ke? aku harap bakal isteri aku nanti bole dan dengan rela hati nak balik ke kampung aku.. sebab dekat je kot pahang shah alam.. tiga empat jam dah sampai.. heh..

sekarang ni musim PRU.. tah la nak undi sape nanti.. kali ni.. kali kedua aku mengundi.. huhu.. harap harap.. kerajaan sekarang akan bertukar.. kepada kerajaan yang lagi bagus.. yang bukan aje utamakan dunia.. tapi lebih utamakan kepentingan akhirat..

ok lah.. bai

No comments: