Monday, August 27, 2012

Saat Di uji..

Assalamualaikum.

Puasa dah berlalu, raya pun dah makin ke tengah, dah puasa sunat 6 hari? aku baru start.. heh.. di rumah asyik makan saja.. tak berhenti makannya..

dapat idea menulis entri sebab tetiba terfikir tentang ujian dari Allah.

ujian Allah tu bersifat sentiasa.. bukan ketika kita sedih aje, tapi sentiasa, mungkin sekarang kita tengah gembira.. itu lah ujiannya.. ujian kegembiraan.. mungkin sekarang kita tengah bahagia.. itu lah ujiannya.. ujian kebahagiaan..

ujian Allah itu cuma memberi satu tujuan.. iaitu bagaimana kamu menuju kepada Allah dengan keadaan kamu.. gembira.. sedih.. bahagia.. melarat.. demam.. semua semua lah.. macam mana kamu menuju Allah.. dan macam mana kamu bersyukur dengan setiap ujian Allah itu.. itu aje tujuannya..

sebab dah di tulis dalam al quran .. tidak di jadikan jin dan manusia hanya untuk beribadah kepada Allah.. jadi dari celik mata sampai lah mati nanti..sentiasa ujian tu datang.. dan setiap yang di uji akan di tanya.. macam mana menggunakan jari jemari.. kaki.. mata.. adakah semua yang di beri dan di pinjamkan itu di gunakan untuk menuju Allah..

dan sekarang aku pun di uji.. dengan keadaan sekeliling.. aku selalu je dapat cerita dari kawan kawan.. bahawa dia orang hidup dengan keluarga yang selalu memaksa.. keluarga yang tak mengendahkan diri dorang.. keluarga yang bahagia.. banyak cerita.. tapi bagi aku.. itu lah ujian buat kamu.. ujian untuk aku ialah aku kena mendengar dan memberi kata kata yang mungkin memberi semangat.. padahal aku juga tidak mempunyai semangat yang kuat.. kerana aku juga di uji.. kamera rosak..hanpon rosak.. baju dan seluar yang semakin koyak.. duit habis.. simpanan makin menyusut.. sentiasa di paksa pikir pasal jodoh, pasal hidup masa depan, dengan keadaan orang tua yang makin tua, aku kalau boleh nak hidup dengan mereka, biar mereka ada di depan mata.. sentiasa ada di depan mata.. rambut ayah dan mak dah makin putih.. aku rindu mereka.. sangat.. walaupun aku selalu je balik.. tapi.. aku rindu.. aku nak bermanja dengan mereka.. aku nak membahagiakan mereka.. nak tolong mereka jalani hidup.. dah sampai masa berbakti untuk mereka.. dan aku mengerti bila acik cakap.. biar lah dulu.. kawen kalau menyusahkan ma pa.. tak kawen lagi pun xpe.. takut isteri jenis yang mengongkong.. yang itu tak bole.. ini tak bole.. padahal kita punya tanggung jawab dekat mak ayah.. isteri tu jatuh no 3 4..

aku rindu mak dan ayah.. hrmmm..

semoga ujian ujian ini membuat aku menuju ke jalan Allah.. menuju syurga Allah.. dan semoga kamu memahami..


1 comment:

puteri kasih said...

ibu bapa sentiasa perlu diutamakan...tanpa mereka siapalah kita.

bersabar menempuhi ujian...kerana setiap ujian itu mengajar kita untuk mensyukuri nikmat kehidupan :)