Thursday, August 2, 2012

Kurniakan aku

Assalamualaikum..

Demi cinta, aku korbankan iman aku terhadap Allah.. aku buang jauh jauh iman dan taqwa aku kepada Allah.

Demi sesuatu hubungan yang belum pasti, aku korbankan kecintaan aku kepada Rasulullah, kecintaan aku terhadap kemuliaan dan kemanisan agama tu aku buang..

dah takde malu, dah takde segan.. habis semua terlepas dari tapisan iman..

Haish..

semoga aku dijauhkan dari nerakamu.. aku tekad untuk menjauhkan diri dari cinta kepada manusia, kebendaan dan seumpama dengannya..

semua pihak kena berubah.. itu pesan ustaz dekat surau pagi tadi, jangan kamu sahaja.. semua pihak yang terlibat, dan cuba bertegas selepas ini, biar lah sakit hati dulu di dunia, jangan kamu sakit terbakar api neraka di akhirat nanti.. banyakkan istighfar untuk dosa dosa lampau, banyakkan buat solat sunat, jangan jadi munafik yang hanya bibir sahaja berkata Allah tuhanku, tetapi badan dan anggota lain masih menyembah iblis yang durjana..

jangan dijadikan cinta yang Allah beri itu sebagai tiket berkawan dengan nafsu dan syaitan..

entah lah..

No comments: