Friday, July 27, 2012

Bisikan hati

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke 7 puasa kan? alhamdulillah, takde ape ape yang menghalang untuk menjayakan ibadah kepada Allah yang Esa. Segala puji bagi Allah, yang menjadikan sesuatu daripada ketiadaan.

Saje nak menulis, sebab dua tiga hari ni, hati macam meronta ronta kepada sesuatu.Semacam mencari keinginan untuk mendekati sesuatu dan sesuatu itu ialah perkara yang sememangnya nampak remeh pada orang lain (sekeliling aku) tetapi pada orang yang beriman itu menjadi kesalahan hati yang utama.

Adakah hati aku terlalu keras untuk mendengar dan mengambil ayat ayat orang beriman?

Adakah hati aku terlalu keras untuk mengikuti segala ajaran Nabi yang aku rindui?

Adakah iman aku terlalu lemah sehingga aku mengheret orang lain kepada jalan yang hina?

Aku tak tau keputusan aku untuk berhubung, bergelak ketawa dengan orang bukan mahram itu sesuatu yang betol atau salah? khabarkan kepada aku sekiranya keputusan aku untuk berbuat seperti sms, call, ber chatting dengan bukan mahram tanpa sebarang urusan itu dibolehkan?

Dah lama sangat aku fikirkan, tetapi aku asyik tewas, tewas dengan kata hati yang cakap, "ala, mesej je, call je, chatting je, bukan korang bersentuhan" tapi akhirnya disebabkan itu aku melakukan dosa dosa yang aku rasa tak patut aku lakukan, atau dosa yang tak patut aku heret orang lain lakukan sekali..

Aku tak tau, sering juga aku dengar, "kita sebelum ni ok je, kenapa sekarang nak berubah" dan dengan itu lidah aku kelu, kelu untuk memberi jawapan, aku tak tau sama ada keputusan macam mana yang aku nak bagi..

Lemahnya iman.. aku tak mampu membimbing.. tak mampu..

Aku terfikir pasal perkara ini sebab pagi tadi, kejadian yang di mana aku tunggu mesej dari pihak belah sana, dan bila dia lambat, hati aku mengatakan bermacam macam perkara, menyebabkan aku timbul perasaan rindu dan sebagainya. Ya rabb.. ape aku ni..

Adakah aku ialah orang yang sebenarnya tak berubah? takde langsung sinar hidayahMu dalam hatiku? adakah aku ialah orang orang yang sebenarnya cuma berpura pura sahaja? adakah aku ialah orang yang sebenarnya jauh dari hidayahmu? adakah aku ialah orang yang sama je seperti tahun lepas? sama je seperti tahun sebelum sebelum itu?

Serius aku bingung? aku sebenarnya tak kisah berborak dengan perempuan atau mana mana orang, tapi bila timbul perasaan rindu @ suka @ tertarikh tu yang sebenarnya aku malas, aku takut nanti aku leka dengan perasaan, lantas mambuatkan hati aku lalai dari beribadah kepadamu, aku takut aku jauh daripada rahmatMu Ya Rabb..

entahlah.. aku bingung..

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah.. apa yg berlaku pada awak, sama dgn saya.. saya rasa bersalah kpda-Nya.. takut lalai kpda-Nya.. nampak aja biasa, kita rasa seronok.. seronok dgn mainan syaitan.. saya risau ia akan menyebabkan saya jatuh ke tempat yg tak sepatutnya.. jadi, saya pilih utk tidak berborak dgnnya utk sementara waktu..

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

doa la banyak banyak.. sentiasa istigfar.. time atas motor ke.. dalam kereta ke.. dalam bas ke.. sebelum solat.. setiap masa .. insyaAllah.. hati tenang..