Thursday, November 7, 2013

squarework dot net

assalamualaikum,

alhamdulillah..

beberapa minggu lepas, aku memohon untuk pendaftaran syarikat sendiri, syarikat untuk buat software development dan hardware provider serta maintenance dah berjaya diluluskan oleh SSM, syarikat suruhanjaya malaysia.. sekarang ni.. squarework dot net la nama kompeni aku.. websitenya aku tengah usahakan .. sebab yang buat adalah aku sorang je, yang lain lain akan tolong kalau ada projek je. sekarang ni projek takde lagi, jadi slow sikit la progress untuk website squarework dot net ni.. heh..

syarikat ni aku tubuhkan supaya aku senang kalau nak masuk ape ape tender kecik, at least orang yakin la sikit untuk hire kalau nak dibandingkan dengan profile sebagai freelancer.. projek yang pertama pun tengah melalui proses perbincangan, jadi dah boleh secara rasminya pakai nama squarework dot net sebagai developer.. yeay.. sangat sangat bersyukur..

masa nak daftar siap bertekak la jugak dengan staff ssm, siap report mampu dan sekali.net sebab proses pendaftaran dalam website gile babi leceh, tak cukup info yang dapat memudahkan pengguna daftar, memang di suruh pegi ke kaunter aje agaknya..

tapi ape pun, dah berjaya daftar, jadi tak kisah lah.. aku akan memulakan langkah sebagai kompeni, kecik kecik pun takpe lah.. asalkan ada dulu.. nanti boleh diperkembangkan jadi besar..

sekarang ni team yang handle ni aku, aiman, keri dan edwin.. masing masing ada kepakaran yang tersendiri, sebab tu aku request dorang untuk join aku.. dan alhamdulillah dorang setuju untuk join.. heh

p/s : harap harap aku berjaya.. doa kan lah ye.. huu..

sebarang pertanyaan boleh la tanya dekat hello@squarework.net atau lawati laman web squarework.net tapi takde isi lagi.. sebab on development lagi..