Wednesday, November 21, 2012

update sikit

assalamualaikum..

entry aku yang sebelum ni letak gambar masjid dekat batu muda gombak.. terus kaitkan aku dengan kawan lama aku.. adeh.. masjid tu dulu aku selalu pegi jugak.. even dah lepas tak contact.. kalau ada masa.. aku pegi aje situ, time ada majlis ilmu dekat situ.. situ kan ustaz don penah pegi kan.. time tu ada je aku.. tapi aku datangnya kejap je..

dan kalau aku sesat takde buat ape time hari sabtu ahad, aku singgah je situ..

nah.. aku dah lupa dah kisah kisah lame ni.. orang tak nak kawan kita.. biar aje lah.. ape nak kisah.. bukan aku mengharap sangat pada manusia.. tahap kebergantungan alhamdulillah dah di betolkan.. heh

masa balik hari minggu lepas, si ecah dengan selambe aje pegi citer dekat ma pasal budak gemok .. tak la kena soal siasat, tapi ma tanya la nama.. kelantan dekat mane.. aku tak tau ape lagi ecah bgtau ma.. tapi gitu lah..

aku yang malas nak bgtau ape ape dekat keluarga sebab ye lah.. masih di tahap berkawan, takde ape ape pun yang spesial, aku malas nak jadi macam kejadian yang lama, masa tu macam banyak sangat kesalahan aku buat dengan tuhan, dan hasilnya.. aku di beri ujian hati.. jadi aku tak nak merasa macam tu.. itu nasib baik Allah bg ujian.. kalau tak.. memang tak nampak cahaya la.. jadinya.. .. first thing first ialah cari redha Allah dulu, berkawan ke.. bekerja ke.. hidup ke.. ape ke.. cari redha Allah dulu.. itu yang aku nak try terap dalam hidup aku..

aku nak jadi macam kisah dalam angel pakai gucci.. best.. walaupun aku rasa memang aku tak dapat nak jadi ahli syurga.. at least.. pasangan yang akan aku kahwini nanti, aku nak bentuk dia dan anak anak kami untuk jadi ahli syurga.. sebab tu sebelum kahwin lagi, semua dah kena strict.. semua kena pilih dengan betol, takde la mencari pasangan macam heliza helmi ke, oki setiana dewi ke, aku pun sedar jugak aku ni tarafnya macam mana.. asalkan ada agama, dan nak ke agama kerana Allah pun dah cukup.. tak leh la nak main main pilih aje.. ko  ingat nak masuk syurga tu macam pegi genting main taman tema..

kalau bab jodoh pulak, aku serius serahkan semua kehidupana aku dekat Allah, takde bergantung pada manusia.. takde bergantung pada asbab.. dan alhamdulillah.. aku jumpa ketenangan tu, walau pun ada sesetengah pihak yang tak setuju bila aku cakap macam ni, tapi betol.. aku serius seronok, sebab aku tau Allah sentiasa ada untuk orang yang memerlukan Dia.. dan aku nak jadi orang tu, iaitu orang yang 100% perlukan dia sahaja, bukan makhluk ciptaan dia..

untuk projek pula.. aku sekarang hampir free.. ada 1 projek aje lagi.. last module n last payment je nak tunggu.. jumaat ni pegi jumpa client.. sabtu aku nak berderat ke low yat mungkin.. itu kalau aku tak bangun lepas asar lah.. haha..

sistem untuk android pun still dalam ujikaji, dah macam siap 70%, tinggal design dan ada tambah seketul dua lagi features.. malas gile nak buat.. dekat rumah bosan.. takde mood.. aku perlukan rumah sendiri.. tapi.. tak kan nak duduk sorang sorang.. sewa paling murah aku jumpa aje dah rm550.. gile.. camne nak bayar kereta nanti.. heh..

ok lah.. aku masih di opis sebenarnya.. nak pegi tido dalam bilik meeting jap.. pkl 3 aku balik.. chow..

wssalam

1 comment:

Anonymous said...

:)