Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidiladha aku ucapkan kepada semua umat islam.. peristiwa mengingat nabi ibrahim yang diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.. tetapi telah di gantikan oleh Allah seekor kibas semasa proses penyembelihan berlaku.. sweet kan Allah.. nak syurga.. kena la tip top markah ujian iman.. heh..

Tahun ni aku macam malas nak balik beraya di kampung.. sebab tiket habis..jadi mungkin duduk di shah alam aje.. sambil lepak lepak.. buat report yang melambak.. dan siapkan kerja.. peh.. banyak gile keje.. laptop dah la cap ayam gile.. haha..

beberapa hari lepas kawan aku yang katanya tak nak kawen akad nikah.. seronok aku dengar sebab dia kemain kata tak nak kawen.. lepas pakwe pakwe semua main kayu tiga.. orang cantik pun tak secure katanya.. ahaha..

tapi yang membuat aku makin seronok ialah bila selepas 4 tahun dia single.. dia bebetol kembali ke jalan Allah.. dia tak keluar malam.. tak berhubung tanpa sebab dengan lelaki.. dia tak letak dah gambar gambar dia dekat FB.. dia mula pakai pakaian yang labuh.. serius sejuk mata last aku tgk dia tiga bulan lepas.. rugi tak berkenan dekat dia.. haha.. tp nak buat camne.. aku memang tak berkenan kat sape sape..

yang paling seronok ialah bila aku tanya dia beberapa jam selepas akad nikah kenapa dia kawen.. dia cakap.. "aku cinta Allah.. dan aku kawen sebab Allah suka perbuatan ni..nabi suka dan buat perbuatan ni... aku tak cintakan suami aku sebelum aku cintakan Allah.. dan dia tak pernah cintakan aku sebelum dia cintakan Allah.. aku pun tak nak cintakan dia sebab dia.. aku cintakan dia sebab dia bawak aku ke jalan Allah.."

serius aku nangis lepas dia cakap macam tu.. aku nak macam tu jugak.. aku tak nak orang cinta.. rindu aku sebab aku.. dan bole ke kalau aku nk benci kalau orang rindu aku sebab aku?.. sebab aku tak bagi syafaat.. aku tak bagi manfaat.. aku pun makhluk..

aku nak cinta orang yang bawa aku ke jalan Allah.. aku nak benci sape je yang ingatkan aku dengan dunia.. dengan perasaan tanpa Allah..

cukup la dengan dosa yang hari hari buat.. yang sejak baligh buat.. penat oh buat dosa..


tahniah puan lidya dan encik rosli.. hehe.. aku doakan korang sentiasa di bawah perlindungan Allah.. jauh dari melakukan maksiat dan dosa kepada Allah.. dan semoga korang adalah pasangan sampai syurga..

No comments: