Saturday, May 12, 2012

kesal

assalamualaikum.. tak tau lah sama ada layak atau tidak jadi ketua keluarga.. cakap aku supaya jangan la terlalu nak ikut hati dan perasaan tak jugak masuk dalam hati.. cakap aku supaya berserah lah pada Allah dalam hubungan tak masuk dalam hati..cakap aku supaya jangan lah jadi macam remaja sekarang yang perlu untuk berhubung dan berborak bermanja tak jugak masuk dalam hati.. entah lah.. nak masuk syurga.. tapi jalan syurga tak ikut.. macam mana nak masuk.. erm.. melepak lepak dengan keri lepas buat keje tadi.. dah lama x melepak.. dua bulan rasanya.. hehe..banyak jugak borak borak.. dan masing masing cakap pasal kehidupan.. ya.. kehidupan kitorg agak bosan.. hidup rutin.. macam robot.. nafsu terhadap segala bende dah takde.. hidup macam kena kongkong.. macam hape tah.. bila berbicara pasal kawen.. lagi lah.. masing masing cakap tak puas nak berjalan merata.. haha.. masing masing setuju kena cari pasangan yang boleh nak berjalan merata.. oh.. xde idea dah.. malas nak berfikir.. banyak sangat perkara nak kena setel.. keje dengan banyak terbengkalai.. assignment yang tak siap siap.. lepas tu nak kena puaskan hati manusia manusia yang tak paham lah aku.. masing masing konon terpelajar.. tapi entah.. mungkin sebab dorang budak budak kot.. entah.. aku dulu macam tu jugak rasanya dengan iekin.. nak berkepit aje.. dan akhirnya aku paham.. berkepit.. selalu call.. itu semak.. semak semak dan menyemakkan.. dah la x dapat pahala.. tambah lalai dalam hati.. ya rabb.. hari hari asyik nak buat dosa aje aku ni.. haish.. tadi ustaz cakap.. "perempuan dan lelaki itu saling tertarik.. saling melengkapi.. tapi pilih lah jalan yang melengkapi ke syurga.. jangan berkapel.. jangan terlalu rapat.. bukan untuk sombong.. tapi orang islam itu ialah orang yang melakukan sesuatu di antara ekstrem dan pemalas.. duduk tengah tengah.. nak suka orang.. suka lah.. tapi setakat itu aje lah.. selepas dah suka.. buat amal kebajikan sekuat hati.. tambah iman seolah nak mati esok.. bukan dok pikir pasangan.. tengah makan ke.. tengah minum ke.. jodoh tu Allah dah tetapkan.. serah kat Dia." tapi aku rasa.. dengar je lah.. aku ni perangai kalau degil.. air yasin pat puluh botol pun x hilang.. haha.. tah bila nak masuk dalam hati rasa taqwa ni.. eh.. taqwa tu kena cari.. Allah tak provide sebagai mana jodoh rezeki ajal dan 2 lagi dua aku lupa.. dah lah.. aku nak ikut cara yang sebetulnya untuk baki hidup aku ni.. kalau orang tak suka.. sila cari orang yang suka.. aku x kan ubah diri nak manja manja utk bukan mahram.. tak akan.. kalau setakat cakap cakap biasa tu.. aku bole terima lagi.. ini setiap hari nak.. masak lah.. haha.. nak manja dengan isteri je.. bukan bakal isteri.. p/s : bukan lah takde perasaan ke ape.. tapi dah 26 tahun aku heret manusia lain supaya buat dosa.. dah tiba masa untuk stop.. dan dapatkan redha Allah.. nak kali ni yang last untuk aku.. yang last... dan lagi satu.. sebab aku nak start betol betol berserah pada Allah pada mende yang Dia dah tetapkan.. dah la hidup aku selama ni macam syirik dgn Tuhan.. ye lah.. sebab hati dan perasaan dok berharap pada mende lain selain Dia kan.. hurm..

No comments: