Saturday, March 17, 2012

pesanan ustaz

assalamualaikum..

Aktiviti pagi tadi.. Ialah melepak dgn seorang sahabat yang dah selalu sgt jumpa.. Tp pertemuan tu jadi seronok.. Sebab bagi aku.. Setiap bait bait kata yang keluar dari mulut dia ialah berkenaan kebaikan.. Dari semua segi.. Dari semua aspek..

Pagi tadi.. Dalam soal hati perasaan..

dikatanya : seorang lelaki yang soleh pun ingin bercinta...tetapi.. Lelaki yang soleh mesti memperjuangkan cinta yang dia ada supaya menjadi halal.. Selagi tak halal.. Tegas lah dalam berjuang.. Dan cari lah wanita yang,membenarkan perjuangan tersebut berlaku.. Kalau perempuan tu tak nak lelaki tersebut berjuang ke arah yang halal.. Di ajak juga melakukan maksiat.. Didik lah dengan kata kata penuh hikmah... Tunjukkan kebaikan dan ketaatan kepada Allah.. Kalau tak nak jugak.. Istikharahlah kepada Allah.. kalau tak nak jugak.. tinggalkan lah dia semoga menjadi pengajaran kepada diri sendiri.. dan pengajaran kepada diri dia..

Tapi kalau lelaki tersebut sendiri tak nak berjuang.. sila jangan bercinta.. sebab cinta yang halal itu hanya untuk orang yang berpenat lelah berusaha untuk mendapatkannya.. dengan cara yang Allah suka.. kalau tetap nak dapatkan cinta tanpa yang halal.. tanpa berjuang untuk ke arah halal..kelak mesti binasa pasangan tersebut.. sebab cuma keluarga yang ada nilai islam dan iman aje yang lepas untuk ke syurga..


Lepas tu.. aku tanya.. kenapa pengajaran kepada diri sendiri pun kena?

Dia cuma senyap dan terus ke masjid...

Aku respek dia sebab dia sangat sangat suka kan keadaan dia walau cmne pun Allah bagi.. tak pernah aku dgr keluhan keluar dari mulut dia..


P/s : ni catatan dalam diari lame aku.. tahun 2003.. lepas habis sekolah..aku dah tak jumpa dia dah.. dengar cite dia da kembali jumpa Allah.. entah lah..

1 comment:

noor haNISAh said...

dier berjumper cinta sejati dier iallah